
Andainya akulah
Si Puteri Lindungan Bulan itu
Nescaya takkan ada kegelapan
Kesedihan atau kesuraman
Menyelubungi dirimu
Andai aku bisa
Akan ku laungkan pada dunia
Bahawa kau adalah insan terbaik di alam ini
Andai aku bisa
Akan aku umumkan pada maha "PENCIPTA"
Bahawa kaulah insan semulia insan
Rasa bersalah membelenggu diriku
Maafkan aku untuk sekian kalinya
Kerana cinta tidak ditakdirkan untukku
Hanya ada rasa sayang
Untuk mengubati kelukaanmu
Ketulusanku yang suci usah dicemari
Menyayangi diriku biarlah berpada
Kelak kau akan merana
Andaiku menjauh
Usah dicari usah di puja
Usah difahami tentang kewujudanku
Aku singgah dikala kau berduka
Akan berlalu pergi dikala kau gembira
Cukup jadikkanku sekadar memori
Takkan mungkin wujud untuk kali kedua
Kecuali dengan ketentuan Illahi
Terima kasih seikhlas hati
Menyayangi insan sepertiku
Tapi sayang ku tak berdaya
Singgah dihatimu untuk selamanya
Namun aku rasa bertuah
Kerana menjadi Ratu dalam hatimu
Doaku kau berjaya mengharungi hidup ini..
Moga kau tabah menghadapi ujian mendatang
Aku tahu kau adalah sekuat insan..
Tiada kata yang indah ingin kucoretkan
Tiada semanis ayat ingin ku susun
Ku tahu kau akan katakan padaku
"tolong jangan lafazkannya"
Namu aku ingin melafazkan untuk terkahir kali
"Aku teramat menyayangimu"
Sekadar lakaran puisi luahan hatiku..
**SEJUTA KATA MAAF TERASA"
Rasaku telah mati untuk menyedarinya
Khianati rasa demi keinginan semua
No comments:
Post a Comment